Konvensyen penamaan Qin_Shi_Huang

Qin Shi Huang telah diputerakan dalam Kerajaan Zhao, maka baginda menerima nama akhir Zhao, yang merupakan cabang "Ying". Baginda dilahirkan pada bulan Cina zhēng (正), bulan pertama dalam kalendar Cina dahulu, dan menerima nama yang diberi iaitu Zheng (政), kedua-duanya boleh saling diubah ketika Cina kuno. Dalam antikuiti Cina, orang menggabungkan nama keluarga dan nama diberi bersama seperti kebiasaan orang Cina kini. Maka, pada zaman dahulu, Qin Shi Huang adalah "Zhao Zheng" atau "Ying Zheng".

Nama yang diberikan tidak pernah digunakan kecuali oleh saudara terdekat; maka, adalah salah untu memanggil Qin Shi Huang "Putera Zheng", atau dengan istilah dinasti biasa "Raja Zheng dari Qin". Sebagai seorang raja, baginda dirujuk sebagai "Raja Qin" sahaja. Jika baginda menerima nama selepas kemangkatan seperti ayahanda baginda, baginda akan dikenali oleh para sejarahwan sebagai "Raja NN. (nama anumerta) dari Qin".

Selepas menakluk Negera yang terakhir pada 221 SM, Qin Shi Huang merupakan raja Negera Qin yang memerintah seluruh China, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berkeinginan untuk menunjukkan bahawa baginda bukan lagi raja biasa seperti ketika Tempoh Peperangan Negera, baginda mencipta gelaran baru, huangdi (皇帝), menggabungkan perkataan huang (皇) dari legenda Tiga Huang (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan di (帝) dari legenda Lima Di (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga Huang. Tiga Huang dan Lima Di dianggap pemerintah sempurna, kuasa yang sangat hebat dan panjang umur. Perkataan huang juga bermakna "besar", "hebat". Perkataan di juga merujuk kepada Tuhan Utama di Syurga, pencipta dunia. Maka, dengan menggabungkan kedua-dua perkataan itu buat kali pertama, Qin Shi Huang mencipta satu gelaran yang padan dengan pencapaiannya menyatukan Negera Cina yang luas, malah menyatukan dunia. China kuno, seperti Rom purba, percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, konsep yang dirujuk sebagai "semua yang berada di bawah langit/syurga".

Berkaitan